Thursday, 13 August 2015

5 Sains_Akaun 14/15

 
 
 
 
"Good times + Crazy Classmates = Amazing Memories"
 
 
Setiap orang pernah ada sejarah zaman persekolahan. tak kiralah dahulu, sekarang atau kemudian hari. 

 
 
Aku tak pernah terfikir untuk bersekolah di sebuah sekolah yang bertaraf luar Bandar. sehinggalah pada 30 mac 2014, aku mendaftarkan diri di SMK Telok Kerang Pontian.
 
 
Pada awalnya, hati aku terdetik.
 
"mesti budaknya kekampungan"
 
 
Jahatnya aku ketika itu.
 
 
"aku tak akan rapat dengan budak sini"
 
 
egonya aku ketika itu.
 
setelah sebulan aku bersekolah disini dan tidak mempunyai kawan. Akhirnya aku berkawan dengan seorang hamba Allah. Pada mulanya rasa kekok. tetapi kerana terasa asing di situ. aku cuba berkawan dan jadi diri sendiri.
 
Dan hidupku menjadi normal seperti biasa. ada kawan, kawan baik, dan yang paling aku hargai ialah persahabatan bagai satu keluarga didalam kelas. bukan mudah untuk dibentuk. susah.
 
lama kelamaan aku berasa selesa dan sayang akan sekolah serta kelas ini.
 
tetapi malangnya,
 
aku cuma ada 81 hari sebelum SPM. setelah tamat peperiksaan SPM aku akan berpindah semula ke Labuan. bila memikirkan hal ini, aku terasa sebak. tak sanggup rasanya.
 
mungkin tahun ni kita dihentam dengan pelbagai masalah. tabahlah 5SA. In Shaa Allah akan dipermudahkan segalanya.
 
Terima kasih 5SA. segala apa yang terjadi akan dijadikan kenangan. goodluck SPM 2015. Semoga keluarga SA akan terus menjadi keluarga.
 
 
 
wassalam.