Saturday, 20 January 2018

Tersepit

Assalamualaikum ✌

sakit hati 
patah. 

tersalah langkah dalam mencari bahagia. 
makin sakit yang aku dapat.

tersepit dalam keinginan diri
terjerat dengan mainan perasaan sendiri
terperangkap dengan kebodohan diri. 

kenapa suka sangat buat perkara yang menyakitkan diri sendiri?
mengaku okey, sedangkan hati dah boleh masuk ICU.

pedih. terguris lagi.
parut lama belum hilang, dah ditambah lagi luka baru.
suka bermain dengan api.


Wassalam 💕

Sunday, 14 January 2018

Sejuk Membeku

Assalamualaikum ✌

Hai Hoi Hei Hui !

walaaaaaa .. ini rasanya baru pertama kali kakngah update blog waktu siang-siang macam ni. 
sila berikan tepukan 👏👏 

memandangkan *haa pandanglah ape lagi* harini ni hari ahad, so banyakkk waktu free disebabkan assignment tinggal sikit je lagi, so adalah masa untuk kakngah berketak-ketuk dengan keyboard laptop ni pada pagi hari 😅

baca tajuk je mesti dah dapat agak apa yang kakngah nak bebel harini kan? 

yes! pasal cuaca ❄⛄



sejak dua menjak dan hampir ketiga menjak sejuk je kan cuaca ? mana yang suka sejuk-sejuk tu mesti dia memanfaatkan saat-saat bersama kesejukkan dengan baik. tapi mana yang cepat sakit tuu *macam kakngah ni lah* pakai baju tebal-tebal supaya tak demam okey? 😇 *amboi pandai nasihat orang noh*

kakngah ni pun bukan sihat sangat, baru sembuh dari demam. sekarang ni tinggal nak hilangkan batuk dengan selesma je. semua ni sebab bantai je jalan kaki ke kolej walaupun hujan tanpa payung *hahaha rarekan?* bukan ape, takde payung, madah lupa je nak beli. 

makanya, mana-mana yang baca blog kakngah ni, mohon-mohon beribu ampun lalala.. eh takdelah, jagalah kesihatan anda, jangan demam. mandi air panas kalau boleh. jangan jadi kakngah pakai bantai je 😎 rajin-rajinkanlah diri itu ye, kakngah bukan malas, cuma tak rajin 😚😜

jari jemari yang nak menaip ni pun rasa beku je, macam ada ais je dalam dekat tulang 😌 *melampau bonar* 

p/s : baju yang dicuci pun lambat nak kering 😐

wassalam 💕

Tuesday, 9 January 2018

Dalam Hati

Assalamualaikum ✌

dalam hati, apa yang kita rasa hanya kita dan DIA yang tahu. 
gembira, sedih, sakit, pedih.
hati kita, hanya kita yang tahu 

dalam seharian, mesti macam-macam yang kita rasa. dalam hati kita, apa yang terdetik. 
hati kita? cuma ada satu. kalau ada dua tu namanya hati-hati 😅 *melawak ape?*

kadangkala, susah untuk kita faham isi hati kita. 
sekejap nak itu, sekejap nak ini. 
otak dengan hati ni tak pernah nak serasi. 

pertarungan paling hebat untuk diri sendiri adalah bila seseorang itu bertarung dengan otak dan hati sendiri. nak diikut kata hati atau akal fikiran? 
terserah. 

Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)” (HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).


p/s : susah kalau hati dah broken ni. kerja madah nak jiwang je memanjang. 

wassalam 💕

Monday, 8 January 2018

Sujud

Assalamualaikum ✌

bila dilanda musibah hati tabah mula rebah jangan biarkan dugaan rapuhkan pedoman hidup andai waktu itu tiba semaikan sifat bersabar hanya DIA saja menentu dan kita hanya mampu sujud - KRU ft Mawi.

sujud? 

ketika sujud, dapat rasakan ketenangan. kadangkala menangis dalam sujud. dalam sujud, pelbagai doa yang dapat diselitkan. 

dalam keadaan sujud, walaupun sedang sakit, dapat rasakan kesakitan itu hilang sedikit demi sedikit. 

keadaan kita paling dekat dengan Allah adalah ketika sujud, maka sempurnakanlah sujud kita 😉


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

artinya : "Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "keadaan paling dekat seorang hamba dari rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyak doa (didalamnya)." HR Muslim.

p/s : terasa lain ketika menunaikan solat isya'. Kakngah ambil keputusan untuk luahkan disini sahaja. 

wassalam 💕

Friday, 5 January 2018

Activity Community Service

Assalamualaikum ✌

Wah wah wah wah wah kemain lagi makin galak tetiap hari ni update blogkan? takpelah kakngah dah takde tempat lain nak share cerita, pada blog sajalah kakngah dapat berkongsi cerita. 

so, ape aktiviti kakngah harini? dey baca tajuk lak deyy 😈😌😅

okey okey kakngah melawak je *padahal tak lawak langsung* harini kakngah telah pun selesai menjalankan aktiviti khidmat masyarakat disebuah rumah kebajikan orang-orang tua. Dalam banyak-banyak cadangan kami, kami pun tak tahulah macam mana kami boleh tergerak hati untuk pergi ke sana, alhamdulillah diberikan hidayah *bukan siti hidayah ye, tapi hidayah petunjuk nuu haaa*

aktiviti ni kami plan baik gila-gila, yelah taknak ada cacat cela, nak kerja semua sempurnakan? yang tak boleh go-nya. kakngah merupakan pengarah program ni 😅 terima kasihlah kepada yang mengundi kakngah semasa pelantikan majlis tinggi. terima kasih sebab percayakan kakngah 😍

kami ada 27 orang kesemuanya, seramai 20 orang AJK telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawab. alhamdulillah kesemua anak buah memberikan kerjasama yang da bomb

you guys nak tahu tak kemana kami pergi? kalau taknak tahupun kakngah tetap nak bagitahu 😆

kami telah pergi ke Mesra Home Ampang *boleh search kat google*. aip aip jappppppp tak bestlahh kalau macam ni en, meh sini kakngah tulis *eh salah type, nak tulis macam mana gaya gini kat laptop*

haaa gambar ni, kakngah jumpa kat google je. ni disebabkan oleh, assignment kami ni guna video. so kurang gambo. 

alamat : 16, Jalan Watan 1, Taman Sri Watan, 68000 Ampang, Selangor
Facebook : Mesra Home 

siapa-siapa yang berkenan untuk pergi ke mesra home ni, bolehlah jenguk-jenguk dulu facebook mereka sebelum contact penyelia. 

apa yang kami buat kat sana? ofcos laa kami buat aktiviti mengemas kannn. tak kan datang sana buat kecoh en, harok nanti 😅 disebabkan kami datang dengan ahli yang ramai, so kami pun pecahkan kepada 2 kumpulan. kumpulan A bersihkan kawasan dan dalaman rumah, manakala kumpulan B buat persembahan dan aktiviti untuk nenek-nenek yang ada disana. 

kat sini kakngah nak selitkan beberapa gambar yang kakngah sempat ambil : 







ni lah beberapa perkara yang kami buat, tak semua kakngah dapat masukkan. nantikan jelah video official dari kami nanti, in shaa Allah. 

Aktiviti kami ni berjalan *berjalan kemana tuuu*, berlangsung dari jam 0230 petang-0530 petang, namun, disebabkan terkandas dalam hujan, kami pulang agak lewat. 

namun, apa yang kami dapat harini, penat tu bohong lah tak penatkan. tak elok bohong 😅😎 kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kami 27 manusia ni. selain dapat berkenalan dan dapat berkongsi kasih sayang. 

meh sini kakngah selitkan 1 video , dimana salah seorang dari penghuni rumah mesra home ni, mendoakan jodoh kami 😅😅😅 : 



masa ni kakngah tergamam jugalah. terkaku, sebab doa pasal jodoh. aminkan jelah en. 

apa-apa pun, adalah dalam 5 kali kakngah nangis dalam rumah ni, hati mudah tersentuh katako 😐
and last ........ aktiviti kali ini memanggggg bestt! kalau boleh nak buat lagi, in sha Allah.

p/s : masa nak balik tu part paling berat tau 😔😢

wassalam 💕

Thursday, 4 January 2018

Busybook by Kakngah

Assalamualaikum ✌

so this is the first time kakngah akan tunjuk salah satu hasil airtangan kakngah belajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ni.  sebelum ni banyak post pasal aktiviti je kan? 

dah nama pun ambil diploma pendidikan awal kan, so kerja pun memang khas untuk kanak-kanak lah kan. kreativiti dan keceriaan perlu ada dalam setiap kerja. tapi harap maaf, kakngah takde ciri-ciri itu semua. HAHAHAHA. 

Busybook ni merupakan assignment kami sebenarnya. tugasan yang diberi oleh pensyarah tercinta pada tahun lepas untuk dihantar pada minggu depan, dan kakngah baru siapkan tadi pada jam 9 malam 😆😆😆 *bukan malas, tapi kakngah sejenis manusia yang tak suka buat kerja awal-awal*

busybook ni ape??

kakngah malas nak explain banyak-banyak sebab nanti korang ngantuk lak en. so mana-mana yang berminat nak tahu lebih mendalam tentang busybook ni, boleh klik disini. kat dalam blog tu, dia dah explain lengkap tentang busybook. niat kakngah update entri kali ni untuk share tentang hasil kerja je. taknak lah lari topik en. nanti dia lari gi thailand kan susah kita nak kejar. 

tugasan kakngah kali ini adalah, membuat busybook berkenaan sukukata terbuka dan tertutup. kena buat 5 sukukata setiap satu, sebanyak 10 m/s. masa mula-mula dapat tugasan ni, dalam otak fikir

"alahai banyaknyaaa duit nak guna"

tapi alhamdulillah dengan adanya kedai MR DIY dan kedai rm 2 . kakngah dapat jimatkan kos. dan kakngah cuma guna sebanyak rm 50 sahaja. dan kakngah mengambil masa selama 2 hari sahaja  😅😆😋

soo jum kita lihat hasil kerja kakngah! 

AMARAN! HASIL KERJA DIBAWAH MUNGKIN HODOH DAN TIDAK LAWA! SILA JANGAN KECAM DAN BERIKAN KOMEN POSITIF 😆😜 


ni adalah muka hadapan buku sibuk ni. idea kakngah sendiri tau. terasa kreatif lak tetiba 😅😁


m/s 1 



isi dalaman. tak boleh ah tayang semua. tak suprise nanti. 

kerja kakngah ni lain dari lain. kakngah tak pakai kain dan jahit, sebab, kakngah jahit bersepah tak lawa. oleh itu, kakngah pun pakai lah hot glue gun je. pastu gambar pun kakngah print dan liminate je. bukan malas tau, tapi tak reti. 

mudah-mudahan boleh dapat markah yang menyedapkan markah carrymarks. Aminnnn. 

p/s: kakngah share ni untuk jadi rujukan para junior or orang lain yang ambil course ni, semoga membantu 😊😚

wassalam 💕

Tuesday, 2 January 2018

Peluang

Assalamualaikum ✌

cukuplah dengan semua kesedihan yang pernah aku lalui selama ini,
bagi lah aku peluang untuk hidup bahagia. 

pelbagai doa dah diselitkan dalam doa,
ketika sujud,
ketika hujan,
ketika bersendirian. 

pelbagai cara dah dibuat, 
namun
itu semua hanya sementara. 

kadang-kadang dalam ketawa dalam gembira 
dalam hati tetap bersedih. 
entah apa puncanya. 

airmata ni, terlalu murah.
pantas mengalir. 
tanpa aku tahu apa sebabnya. 

tidur yang sepatutnya lena, diulit mimpi indah,
jadi suram bila tiap kali mahu menutup mata kena menangis dulu. 
macam dah jadi satu rutin, tak sah kalau tak nangis. 

jujur, jujur dari sudut paling dalam hati ni.
dah penat dengan semua ni. 
tak tahu apa punca jadi macam ni, nak cari punca takut tersalahkan orang lain. 

bila dah jadi macam ni, 
mula lah diri ni nak cederakan diri sendiri. 
habis semua anggota badan tak bersalah disakitkan.
ditoreh, dipukul, dicubit, dihentak.
namun, 
rasa sakit dihati ni lebih terasa. lebih sakit.

tak pasti apa yang sedang berlaku 😔

cukuplah dengan semua kesedihan yang pernah aku lalui selama ini,
bagi lah aku peluang untuk hidup bahagia. 


Wassalam 💕 

Monday, 1 January 2018

2018?

Assalamualaikum ✌


pejam celik pejam celik rupanya dah habis setahun. 
rasa macam sekejap je lalui tahun 2017 

Bukan macam tahun-tahun sebelum ni, kakngah rasa macam takde perasaan nak masuk tahun baru. tak tahu lah apa puncanya, maybe dah tak lama agaknya 😇

Kakngah tengok ramai yang post wish mereka kat instagram, twitter dan status whatsapp. Macam-macam target, harapan dan pelbagai lah yang mereka mahukan. Bila tengok pada diri kakngah, ntahlah. Kakngah dapat rasakan tahun 2018 ni akan sama macam tahun-tahun lepas.

SEDIH + HAMBAR 

Sebab tu kakngah taknak harap apa-apa. Just follow the flow bak kata omputih.

dan ... tahun 2018 ni, kak ngah dah tak rasa perkataan "teen" kat belakang. Kakngah akan masuk ke alam 20-an. Tapi pelik, ramai yang taknak, merungut, merengek dan pelbagai lah. Why kakngah takde rasa apa-apa niiiii. Rasa macam

"ouh 20? okey"
"ouh 2018? okey"

normal ke tak? 😐

taktahu lah nak kabo ape kan 😆 biarkan jelah. Perasaan biasalah tu kan? Kadang-kadang perasaan yang aneh-aneh ni, kakngah biarkan je. buat tak faham. Pastu ape lagi, mulakan lakonan harian macam hari-hari biasa pada setiap tahun. Ntah sampai bila nak macam ni 😔

p/s: tiap-tiap hari berlakon, dah boleh jadi artis 😁

Wassalam 💕