Monday, 23 April 2018

kecewa 💔

Assalamualaikum ✌

4 tahun berlalu, begitu perit hati mahu menerima. kesal dengan apa yang berlaku. bukan mudah rupanya untuk aku bangun dan pergi dari hidup macam ni. ingatkan ini hanya sementara, rupanya ini memang jalan cerita hidup aku. setiap kali pertemuan, mesti ini akhirnya. seakan aku sudah boleh baca apa yang akan berlaku, permulaan yang berbeza, namun pengakhiran yang sama. 

Aku seperti sudah tiada punya hati. apa yang dikatakan orang aku turutkan saja. ingatkan ini akan membawa kepada kebaikan, rupanya keadaan menjadi lebih teruk dan makin merunsingkan. kehadiran kau kini menjadikan keadaan jauh lebih buruk. manakan tidak, lelaki sebaik kau aku kecewakan. seakan aku rasa, tiada seorang manusia pun diciptakan untuk aku. aku ditakdirkan untuk sendirian mungkin? tapi siapa aku untuk mempersoal takdir? aku sedar, aku hanya hamba. 

6 pengalaman yang berbeza, mengajar pelbagai perkara. sepatutnya aku sudah matang dengan perkara begini, namun kenapa aku masih seperti anak kecil? perlahan-lahan aku dapat rasa bahawa aku semakin menjadi bodoh. tak tahu mengapa, tapi itulah yang aku rasakan. 

sejujurnya aku kecewa dengan diri aku sendiri. kecewa yang aku rasa lain sekali rasanya. tidak pernah aku rasa kecewa yang seperti ini. kecewa yang seperti sudah tiada peluang lagi dalam hidup untuk menemukan sinar baharu. 

teman setia, airmata yang sentiasa mengalir. terasa diri ini gila, tanpa sebab yang munasabah, aku menangis sendirian. merenung jauh ntah apa yang aku boleh tenung. mengkhayalkan dunia yang aku impikan, namun itu cuma impian yang tidak akan aku dapat. 

berharap satu hari nanti aku akan okey, semua ini berkahir dengan baik. tiada yang aku perlu ulangi untuk banyak kali yang akhirnya membawa kepada penderitaan hati yang telah sedia hancur ini. sudahlah, aku sudah tidak sanggup ... 

Wassalam 💕


Friday, 20 April 2018

Kembali Beraksi 💃

Assalamualaikum ✌

Gempaknya tajuk kakngah harini kan? ahh ni semua poyooo seketul kakngah sahaja. Tapi mesti semua tertanya-tanya apa yang beraksi kan sebenarnya? jeng jeng jeng 👀 ...

ha? tak nak tahu? 😲


jangan nak memboha kalau taknak tahu kenapa anda berada disini kan? huhu 😆😋

okey okey ceritanya begini : 

semalam kakngah dapat satu panggilan misteri dari number yang tidak dikenali, mula-mula tu sangsi gak ah nak angkatkan. Tak pernah-pernah number sekian-sekian ni call.

jadi kakngah pun tak jawab panggilan tu 😝😜 . Kakngah tunggu dia call buat kali kedua, yelah kalau dia call sampai 2 kali, maknanya dia memang betul-betul cari kakngah or ada hal penting. Tak sampai 2 minit, dia call lagi, pakai number sama. 

so dengan bergayanya kakngah pickup the phone *bukan dua lipa tau* . Bila angkat je, kakngah dengar suara cina, mula-mula tu blur lahh cina mana lak call petang-petang gini, ex lama ke? hahahahahaha 

so kiranya jadi macam ni la bualan kami :

Apek : Halu .. ini Puan Nolaya ka?
Me : Hi! err .. itu my mum. 
Apek : ouh you dia punya anak ya? yaa adik ini dari extreme zone computer.

masa dia cakap dia dari extreme zone kakngah dah bersorak gembira. Sampai Apek tu pun terkejut. 

Apek : manyak gembila ya? nanti sini ambil laptop, sula siap.
Me : baik boss, esok saya datang ambil.

tutup je call terus joget-joget happy sebab laptop dah siap. yeyyyy 💓💖💝💟

dan kakngah baru je balik dari kedai tu. fuhh boleh tahan hensem anak apek semalam. dia hulur laptop ni tadi macam kakngah nak hulurkan cinta kakngah kat dia *kk gurau*

dan kiniiiiii kakngah sedang menaip entry ni menggunakan si putih ini. haaa lega rasanya dapat menaip guna laptop sendiri. Kakngah sayang sangat kat si putih ni, dari 2015 dia da berkhidmat, dan ini pun hadiah dari atok. sebab tu kakngah bersedih bila laptop ni rosak, bengang tu adalah juga dalam 5%. huhu. 

so ... lepas ni , kakngah akan lebih banyak post entry *in shaa Allah* , yelah ada orang rindukan celoteh kakngah. 

okey okey rasanya sampai sini saja entry kakngah kali ni 😵

p/s : kakngah rasa nak edit blog kakngah ni, nak tukar design, sebab dah bosan dengan design sama. so ada siapa-siapa ada idea nak design macam mana? boleh hantar cadangan korang kat comment or dm/chat je kakngah macam yang korang selalu buat 😍😚😘

Wassalam 💕

Saturday, 14 April 2018

Bercuti Sem

Assalamualaikum 

hup hup hup hup 

kiri kanan kiri kanan kiri kanan
yeah ini bukan berkawad ya teman-teman. 
tapi melihat kiri kanan blog yang ditinggalkan selama sebulan dan berapa hari ini. 



sedih lah blog ni dapat tuan yang malas nak udpate. 
okey bukan malas yaaaaa, tapi kakngah sedikit sibuk, dan terdapat kekangan yang lain. 

untuk pengetahuan semua, kakngah sekarang berada dirumah tercinta di Wilayah Persekutuan Labuan, dah sebulan dah kakngah kat sini. ini lah sebab-sebab kenapa kakngah tak hadap laptop sangat, sebab kalau dah ceritanya kat labuan, dari celik mata sampai tutup balik mata ada je kerja yang perlu dibuat. ditambah lagi kerja yang macam supermannn kesana sini, kerja part time dan kerja sambilan ... habis kakngah dikerjakan . hahaha. okey tau hambar. 

dan satu lagi masalah kakngah, laptop kakgah masih barai dan berada di ICU. jadi mana kakngah perlu mengagih simpati nak pinjam laptop kan? ini pun kakngah guna laptop mak secara berwawasan dan berwibawa. doakan si putih itu ya gais .

cuti sem kakngah masih berbaki dalam sebulan macam tu, masa-masa ni lah kakngah kena manfaatkan untuk bersama keluarga kan? yelah kalau tak jauh nun disana, lepas tu disana menanti disini merindu , eh betul ke? ke salah? haa taram jelah. huhu.

rasanya sampai disini sajalah celoteh kakngah untuk kali ini, nantikan entry yang lain pula ya? muah. 

p/s: result sem 4 dah keluar, dan keputusan pun alhamdulillah baik. terima kasih kepada yang mendoakan kakngah. 

Wassalam 💕