Assalamualaikum ✌
wowowowowowowowowow
pejam celik pejam celik rupanya dah tamat 4 bulan kakngah berjihad untuk sem kali ni.
sekejap je rasa, tak rasa macam 4 bulan pun.
so, lets kakngah nak share pengalaman kakngah untuk sem 4 ni.
kakngah rasa sem ni merupakan sem paling sakai antara sem yang lain.
why?
why?
why?
haaa kalau nak tahu, kena teruskan membaca entry kakngah kali ni. mana tahu boleh jadikan panduan dan pedoman dalam hidup you gais semua 😏😐
- kakngah terpaksa ambil cuti yang agak lama sebab ada masalah dan atas sebab-sebab yang tertentu. 10 hari tu bukan sekejap tau, lama sangat-sangat. banyak topik yang kakngah tak dapat nak cover sebab cuti ni. so teman-teman yang yang dikasihi sekalian, jangan sesuka hati ponteng kuliah yaaaa membazir je semua tu. kecuali hal-hal yang tak dapat dielakkan, cuba berbincang dengan pensyarah korang.
- kakngah dikunci diluar kelas. hahahahahahahaha, serius inilah kali pertama dalam sejarah kakngah belajar diKTAC ni. sebab apa kakngah kena kunci? sebab lambat masuk kelas gaiss, lambat 7 minit. dan masa tu pensyarah salah faham, pensyarah ingat kami lambat sebab buat tugasan lain, tapi sebenarnya kami lambat sebab tengah otw je, bilik kuliah kat tingkat 4 blok lain, kami masa tu kat tingkat 1 blok sebelah. jadi kawan-kawan, jangan pernah sesekali lewat, jangan! hormati pensyarah anda!
- assignment kakngah tetiba tidak diburn didalam cd sedangkan masa submit dah lepas. masa ni macam manatah tergerak hati ni double check kerja kakngah, and then baru perasan kerja tak terburn, wehh masa tu kakngah dah pening fikir markah, sia-sia je hangus! dengan pantasnya kawan kakngah contact pensyarah dan alhamdulillah pensyarah kami lembut hati ni pulangkan balik assignment kami, masa tu pensyarah kakngah kata "nasib baik awak salah sorang pelajar yang tak pernah mengecewakan" uiseh masa tu berbunga lak hati. huhu. makanya, sebelum hantar assignment tu gais, pastikan check double triple kali, guna laptop kawan-kawan yang lain, jangan confident sangat! tau lah confident tu kena tinggi 😅
- dan yang akhir sekali, masa final exam kalini, kakngah rasa rileks sangat, study pun pakai selak-selak je. tapi ambil masa menghafal juga lah. walaupun tak struggle macam sem sem lepas. so nantikan jelah keputusan final exam sem 4 kakngah nanti macam mana, dekan tak dekan? 😎
tu diaaaa .. serba sedikit perkongsian dari kakngah. untuk pengalaman sem ni, ada yang lucu, ada yang sedih dan ada yang sadis 😜
kakngah berjaya harungi 5 subjek untuk final exam kalini. exam paper dia boleh buat kakngah turun berat badan sebanyak 2 kg kerana banyak sangat perkataan yang ditulis dalam kertas. nampak ah slim sikit jari jemari kakngah, ni tak termasuk lagi jari jemari ni tengah menaip sekarang ni, lagi kurus jari ni.
haaaa ni lah slip exam kakngah, kena bawa masuk dewan peperiksaan, macam zaman pmr dan spm dulu. macam tak biasakan?
wuuu ni semua acah je, gigih nak ambil gambar terbaik untuk sem kalini. macam study hard sangat kan? sedangkan study last minit 😜😚
p/s : lepasni menantikan debaran result pulak. semoga keputusan letups lagi. dekan! amin ...
Wassalam 💕


