Tuesday, 19 December 2017

Malang Dan Malang

Assalamualaikum ✌

KakNgah nak ucapkan beribu kemaafan, bukan kerana hari raya ye gais.

tapi sebab kakngah tak dapat nak update apa-apa sebab ...


laptop kakngah dah sampai seru.

aipp bukan seru gi haji,

tapi sampai seru untuk pergi ke kedai laptop. 

rosak :( 


in shaa Allah sekiranya dah okey kakngah akan kembali berblog :)


Wassalam πŸ’•

Tuesday, 12 December 2017

Pertemuan Dan Perpisahan

Assalamualaikum ✌

Pertemuan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi 
di hati jangan lupa

Berdoalah kita
agar aman dan sentosa
Moga di lain waktu 
dan hari berjumpa lagi


uish .. ape ni sendu-sendu ni. dengan siapa KakNgah nak berpisah kali ini? haaaaa . meh sini baca sampai habis. 


yang akan berpindah tu, pensyarah kakngah. Miss Suhaila. berat hati sebenarnya nak berpisah dari miss Suhaila ni senanya, sebab kakngah dah jadikan miss ni sebagai idola kakngah. 

Mulanya dari sem lepas ada senior kata Miss dah dapa kerja kerajaan. tapi bila ws dan tanya, miss boleh main-main kan kakngah. so kakngah anggap tu satu gurauan. bila tengah final exam sem lepas, kecoh lagi sekali tentang miss suhaila ni nak pindah. tapi masa ni kakngah dapat rasakan benda ni betul sebab bila kakngah tanya miss kata 

"nanti saya nak hadiah"
"saya nak hadiah"

dan akhirnya dalam minggu lepas, betul lah khabar angin yang kami dengar, miss suhaila akan tinggalkan kami di KTAC tu. 

maka, kami pun apa lagi, dengan pantasnya buat plan nak prank miss suhaila pada hari terakhir beliau diKTAC tu. dan prank kami menjadi. 

segala airmata, hingus apa semua dah mengalir dah. kakngah pun join menangis sekali, maklumlah hati tisu. 

apa-apa pun miss suhaila, semoga berjaya ditempat baru πŸ˜‡ jangan lupakan kami :)

p/s: kakngah malas nak transfer gambar majlis tadi. so takde cerita untuk majlis tadi. kalau nak tengok gak boleh tengok kat instagram kakngah πŸ˜πŸ˜‹

wassalam πŸ’•

Sunday, 10 December 2017

KakNgah Menghilang?

Assalamualaikum ✌

terasa dah bersawang blog ni kan. 
meh kita buang sawang-sawang dalam blog ni. tiup sikit ~ 

Maaf bagi sesiapa yang menunggu post dari kakngah ni *eceh perasan

tapi sebenarnya memang ada yang tanya kakngah kenapa dah lama tak update blog ni, dah malas update blog ke?

NO NO NO ! 

kakngah cuma busy je. yelah dah buka sem baru, dah sem 4 dah. maka makin buzylah seketul kakngah ni. 

mana quiznya, mana assignmentnya, mana ada majlis, mana lagi ada masalah peribadi, mana lagi masalah kesihatan. arghhhhh. boleh tahan la stressnya ni. 

tapi apa boleh buatkan? dah tanggungjawab sebagai mahasiswa dan juga seorang manusia biasa kan?

so mana yang ada request nak baca cerita kakngah pasal cuti sem tempoh hari, kakngah still ingat janji kakngah. cuma masa nak menaip je takde. sokey kakngah akan cari masa okey? 

apa-apa pun terima kasih kepada 3 hamba Allah yang kakngah tak kenal pun siapa, yang selalu tanya pasal blog kakngah πŸ˜‰

p/s : its okey, kakngah akan aktif berblog kembali sekiranya ada masa terluang πŸ˜‡

Wassalam πŸ’•

Sunday, 12 November 2017

Philophobia?

Assalamualaikum ✌

topik malam ini agak unik sebab, ini merupakan kali pertama KakNgah akan membebel tentang hal ini 😁 so, siapa sudi untuk membaca, teruskan. jika tidak baca je lah πŸ˜ŽπŸ˜‡

Philophobia? ape tu? 

Philophobia : The fear of falling in love or emotional attachment

Banyak yang kakngah baca dalam buku-buku, dalam novel dan blog-blog omputih yang cerita pasal philophobia ni. So kakngah pun samakan apa yang mereka tulis dengan life kakngah sekarang. 

And .. yes Kakngah mengalami philophobia ni 😒

Kakngah ada terbaca, philophobia ni akan terjadi bila seseorang tu selalu disakiti akibat cinta lama dia. Kakngah memang sokong 100% sebab kakngah faham perasaan tu. Akibat dari tu, kakngah sampai takut nak kenal dengan mana-mana lelaki. 

kenapa? kenapa boleh jadi macam ni?


trust dah takde dalam life kakngah ni. kepercayaan untuk percaya sekali lagi yang akan ada orang yang boleh jaga hati kakngah ni dah takde. dah hilang musnah macam tu sahaja :)

selain tu, hati ni rasa takut untuk sakit sekali lagi. sebab nak hilangkan rasa sakit tu, bukan ambil masa 2 atau 3 hari, tapi berbulan dan mungkin bertahun 



 nanti bila dah broken baru tau nak salahkan diri sendiri. nangis tak tentu pasal. 

And yeah. Kakngah dah penat dengan semua ni. sebab tu kakngah ambil keputusan untuk tidak berkenalan dengan mana-mana lelaki, kalau ye pun sebagai kawan sahaja. 

Philophobia ni akan mengakibatkan seseorang tu mengasingkan diri dari perkara-perkara tentang cinta cantun ni. 

Kadang-kadang kakngah perasan juga, kalau kawan-kawan kakngah cakap pasal hal-hal kawin ke, couple ke, crush ke, kakngah macam dah tak berminat langsung. Kakngah akan duduk dan dengar sahaja. 

Bila direnung balik, kakngah rasa macam dah takde hati, jiwa, perasaan *amboi kemain lagi ayatnya* . Takdelah, Kakngah rasa macam takde apa-apa pasal perasaan ni. 

RASA HEARTLESS

Tapi, ada satu kawan Kakngah ni pesan :

"perkara ni akan jadi okey kalau satu hari nanti kau jumpa dengan orang yang sepatutnya, maksud aku jodoh kau

jodoh? lagilah tak fikir lagi hal tu, ntah kita akan bertemu jodoh atau bertemu ajal dulu :) 

But, kakngah percaya, perancangan Allah swt itu penuh dengan kejutan dan pengakhiran yang mengembirakan. Bersangka baik dengan apa yang telah tertulis untuk kita  πŸ’–πŸ˜

so .. sebelum entry ni jadi lebih panjang, elok kakngah tamatkan sampai disini sahaja 😍

P/s: bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan hati 😒

Wassalam πŸ’•



Monday, 6 November 2017

Tamat Dan Mula

Assalamualaikum  ✌

READYYY SETTTTT GOOOOOO! 

tu diaaa .. dah lama menghilang tau-tau datang semangat membara πŸ˜πŸ˜‹

punyalah seronok bercuti dan agak busy, sampai kakngah lupa nak update blog ni πŸ˜‚ okey chill, tak lupa pun, cuma kakngah pulang ke kampung untuk cuti sem ni, dan disana tiada wifi, wife orang ramai lah kat sana πŸ˜‚

semalam merupakan hari terakhir kami bercuti sem, 
harini telah bermulanya sem 4 untuk kakngah dan rakan-rakan seperjuangan. 

Result sem lepas pun telah menjelmakan diri. Alhamdulillah, pointer kakngah tidak mengecewakan. 
Jadual baharu pun telah mendatang. agak padat ye jadualnya. 

semoga Allah swt mempermudahkan urusan sem 4 kakngah kali ni dan yang seterusnya πŸ’•πŸ’ž


P/s: kakngah nak update tentang aktiviti cuti sem kakngah tempoh hari, tunggu masa je ni πŸ˜‡πŸ˜

wassalamπŸ’•


Tuesday, 3 October 2017

Berakhirlah Sudah ....

Assalamualaikum ✌

berakhirlah sudah
kisah kita
dalam percintaan yang menyakitkan .. 

Amboi tu diaa kemain lagi, ini adalah disebabkan oleh, nak tidur tapi terbantut. Mata ni boleh pulak main-main. So ape lagi, capai laptop and sedang menaip disini πŸ˜‚ buka-buka youtube lak dengar lagu dari Atmosfera ni .. 

Hah❕❕

tapi ape kaitan ini dengan tajuk post harini? jeng jeng jeng 

okey okey .. harini telah berkahirnya Final Exam KakNgah untuk sem 3 ini. Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan segala urusan. Walaupun ada *paper killer* tapi Allah bagi KakNgah jawab dengan tenang. Keluo dewan baru mengelibas πŸ˜πŸ˜‚πŸ˜

Sekarang ni, KakNgah freedom untuk 3 minggu. Pendeknya rasa cuti sem kali ni 🌊😡

Aktiviti untuk cuti sem pun KakNgah dah list kan, cuma antara buat atau tak buat saja πŸƒ

Buat Mahasiswa Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC) selamat bercuti KakNgah ucapkan. Panjang umur murah rezeki, kita bertemu lagi di Kolej yang sama *ayat poyo*

Buat rakan-rakan seperjuangan DEC 3A yang akan bertukar taraf ke DEC 4A jumpa lagi next sem! marilah kita mengejar kejayaan bersama. ayuh! *kahkahkah*

Sebelum entry menjadi lebih mengarut, better KakNgah tamatkan disini sahaja 😎😘

p/s : kena berdoa untuk result pula, mudah-mudah DEKAN 

Wassalam πŸ’•

Sunday, 24 September 2017

Final Exam For Sem 3 πŸ“–

Assalamualaikum ✌

2 minggu yang busy kerana akan menghadapi Final Exam 


Curi sedikit masa untuk update blog kakngah ni. 

Hai hai hai hai :) 
so gais semua, kakngah akan duduk final exam untuk sem 3 pada hari isnin ni. doakan kakngah ye awak-awak yang manis-manis dan tampan-tampan sekalian πŸ’ž

Semua persiapan dah kakngah buat, tinggal nak hafal nota dan selak sikit-sikit je 

kakngah akan duduk final exam ni selama 2 minggu, ni jadual exam kakngah sem ni :

25 sept 2017 : Physical Education In ECE
26 sept 2017 : Children with Special Needs
28 sept 2017 : Health, Safety and Nutrition 
29 sept 2017 : Music, Movement and Drama ini ECE 
03 Oct 2017  :  Tamadun Islam di Malaysia 

mujur sem ni cuma ada 5 subjek sahaja, tapi sama gak sebab subjek banyak subjek killer dan alhamdulillah takde subjek yang exam pada hari yang sama kalau tak, taktaulah nak kata apa en :)

So akhir kata, mana-mana student KTAC yang baca blog kakngah ni, kakngah ucapkan goodluck, mariler sama-sama kita berjuang hingga ke titisan dakwat pen yang terakhir πŸ˜‚


p/s : jangan lupa doa sebelum jawab soalan. tenangkan diri, ini hanya peperiksaan dunia πŸ˜ŽπŸ˜‚

Wassalam πŸ’•

Friday, 15 September 2017

Event Physical Education

Assalamualaikum ✌

hai hai hai gaissssss ☀

okey kali ni kita straight to the point taknak bebel banyak-banyak.

So today, kakngah telah pun pergi satu event yang dibuat oleh pensyarah kolej kakngah untuk subjek Physical Education. Haaa .. dah nama pun subjek Physical en, mestilah akan ada aktiviti sukan yang akan dilakukan 😝 kakngah merupakan AJK untuk event kali ini. Dalam erti kata lain, kakngah tak main semua games tu, kakngah kena buat games untuk peserta *selamat kakngah time ni, best je buli orang* . Kami buat aktivti ni kat Kem Rimba Suara Hutan Selangor. 

Kami buat aktiviti explorace, ada 7 checkpoint semuanya dan ada 7 kumpulan. 1 kumpulan ada yang 11 ada yang 12 orang. 

oopssss 

sebelum kita teruskan meh kita usya gambar-gambar sebelum sampai ke Kem Rimba Suara Hutan : 

gambar ni masa kami semua tengah beratur nak naik bas untuk mulakan perjalanan kami semua. 

dah naik bas tu apa lagi .. buka radio nyanyi ramai-ramai ler πŸ˜‚πŸ˜ carilah kakngah kalau jumpa dalam gambar ni πŸ˜‹

akhirnya setelah 45 minit duduk atas bas, kami pun sampai ke destinasi dengan selamat, walaupun pakcik bas bawa bas macam tengah bawa kereta drift πŸ˜‚πŸ˜΅


Sampai je kami kat sana kami pun apa lagi, yang AJK terus sibuk kemas-kemaskan aktivti untuk menyeksa semua peserta, yang mana semua peserta adalah classmate kami sendiri 😝

nak tahu apa yang kakngah buli mereka ni semua? okey jom jeling gambar : 




yess .... inilah aktiviti kakngah, nama aktivti ni TITIAN KASUT BERTALI. Denda yang kakngah bagi kalau mereka tak lepas aktiviti ni cuma conteng muka pakai lipstik je *kakngah telah pun mengorbankan lipstik kylie kakngah unutk conteng muka mereka*

Tapi ini gambar untuk aktiviti kakngah jelah ye .. aktiviti orang lain kakngah tak ambil gambar, almaklumlah busy urus games sendiri. 

Then .. lepas je habis aktivti, mereka pun apa lagi .. : 



Mandi sakan lah mereka semua. Suka korang ye mandi πŸ˜‚πŸŒŠ

Tengah seronok-seronok mandi, perut pun lapar : 

Lalu makanan pun sampai. Masa ni masing-masing dah membuas.

Habis je makan, sambung lagi mandi, dan masa ni lah, mereka-mereka ini pakat nak kenakan sir kami ni : 


Haaaa .. memang betul mandi tepung sir time ni. Minta Halal ye sir, gurau-gurau sekali sekala.

Habis je aktiviti mandi-manda ni, para AJK pun dah sedia dengan markah masing-masing, lalu mulalah aktiviti pembahagian hadiah : 






Tahniah untuk semua kumpulan yang berjaya menang. Menang kalah tolak tepi, yang penting enjoyyyy πŸ˜ŽπŸ˜†πŸ˜‡

Setelah selesai semua, kami pun kemaskan tempat yang telah kami gunakan, dan balik ke kolej dalam jam 5 petang. Ini pun pakcik bas janji melayu, janji nak ambil balik jam 4, last-last lambat 😒 mereput gaklah tunggu. 

eh eh eh eh eh 

sebelum kakngah menutup tirai entry kali ni, biarlah kakngah nak tampal gambar kelas kakngah :
ini merupakan gambar pertama kami walaupun dah 3 sem bersama πŸ˜˜πŸ˜‡ kalau bijak teka kakngah mane. Siapa jumpa kakngah bagi tepukan gemuruh 😜

sampai sini sahaja untuk kali ini. terima kasih 


p/s : ramai yang tanya asal blog kakngah tapi gambar kakngah takde, kali ni kakngah selitkan satu dua gambar yang ada kakngah, tapi kecik je lah πŸ˜‹

Wassalam πŸ’•

Tuesday, 12 September 2017

Berjalannya Festival Early Childhood Education 😍

Assalamualaikum ✌

sila klik di sini untuk mengetahui apa yang kakngah bebelkan dibawah ni πŸ˜‡

Hai Hai Hai Hai .. haa dah 2 hari berlalu selepas festival kolej kakngah tu. Tapi harini malam ini saat ini baru ada kelapangan masa untuk update blog yang tercinta ni 😁 

Memandangkan ada yang minta kakngah ceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut, so marilah kite memulakan story kite πŸš€

0630 pagi 
Seawal jam 6 pagi, lepas je solat subuh tu kami bergegas ke Medan Selera Taman Maluri. Nasib baik laa rumah dekat je dengan tempat ni, kalau tak maunya subuh hari tu dah berlari kejar masa. 

0712 pagi
Lepas tandatangan kehadiran, kami pun naik la bas untuk ke Taman Metropolitan tu. Perjalanan adalah dalam 30 atau 40 minit macam tu. Dalam perjalanan tu lalu depan Highland Tower. bapak jakun giler kakngah fokus je tengok bangunan usang tu dari jauh πŸ˜”πŸ˜ 

0752 pagi 
Kami pun sampai lah ke taman tu, masa sampai tu kami teruslah ke khemah yang telah disediakan untuk sem 3. Terus cepat-cepat nak hias khemah, untuk tambah "seri" khemah kami. Namun ... telah ditakdirkan hari hujan ☔ 

Boleh tahan lebatnya masa tu, Pensyarah kami pun meminta kami semua membaca doa mengalih hujan. Alhamdulillah selepas itu, hujan mula reda dan hari panas terik. 

0819 pagi 


Haaa yang ni lah ahli kumpulan kakngah, untuk aktiviti Disleksia dan Diskalkulia. Dengan gigih kami menghias khemah dan booth kami agar nampak menarik. 

Nasib baik ada hakak tonjang ni, kalau tak, memang susah ler nak buat benda-benda macam ni 😌😁

Ini sikit dari apa yang kumpulan kakngah buat. sikit jelah sebab ini je yang kakngah sempat snap, yang lain-lain kakngah busy masa tu. 

Ini pula khemah untuk sem 3A tau, kerjasama satu group hias khemah ni, tapi masa ni masih kemas-kemas lagi πŸ˜‹πŸ˜Ž

So, yang ini pula booth kumpulan kakngah. hias kos rendah je 😍

Kawasan pentas lak terletaknya sebelah je dengan khemah sem 3A, memang lagi meriah khemah kami masa tu, speaker pun kat tepi je. Kemain lagi harok masa tu πŸ˜‹

0930 pagi 
Kami memulakan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Pensyarah kami iaitu Sir Fizi. Memang meriah gila masa tu. *maaf kerana tiada gambar, kakngah asyik sangat buat senamrobik*

1000 pagi
Kami memulakan aktiviti kami mengikut sem, macam sem kakngah iaitu sem 3A, kami buat special needs awareness campaign. Jadi memang macam-macam pameran dan games kami sediakan. Masa sesi pagi ni kumpulan kakngah buat aktivti untuk Disleksia. 


Selain dari itu, di area pentas lak, pelbagai persembahan telah dilakukan, antaranya tarian kurik kundi, puppet show, macam-macam lagi lah. Sampai kakngah pun tak tertengok sebab busy bebenor.

Haaa .. yang masa ni, kakngah dengan partner kak ming *yang berbaju biru* tengah usya eh tak ah tengah tarik orang-orang yang ada untuk pergi ke booth kami. 

Dan .. ada satu ni, kakngah tegur satu family ni, bila kakngah buat aktivti disleksia kat anak akak tu, terbukti anak akak tu ada disleksia, terus akak tu bergegas ke booth kami untuk tahu lebih lanjut. Ini merupakan salah satu objektif yang tercapailah kiranya, sebab dapat menyedarkan ibubapa tentang gangguan pembelajaran Disleksia ni. 

1230 tengahari
Kami diberikan makan tengahari, makanan yang diberikan sangat sedappp. Terima kasih kepada pensyarah 😍

0430 petang
Kami pulang ke kolej.


Jadi ini lah serba sedikit yang kakngah boleh ceritakan tentang aktiviti kami pada hari ahad lepas. Maaf untuk kekurangan gambar dan story, sebab kakngah takde niat nak share macam ni, tetiba ada yang whatsapp minta update blog. Lepasni kakngah akan cuba buat lebih better. 

p/s : ngantuk, penat, sakit badan kakngah mash tak hilang lagi 😷😡

Wassalam πŸ’•

Thursday, 7 September 2017

Early Childhood Education Festival πŸ’–πŸŽŠπŸŽ†

Assalamualaikum ✌


mari mari cik adik 
mari mari cik abang 
*ewah sempat lak tu*

Okey gais gais mane yang baca blog kakngah yang serba krikrik ini, yang baca pun ada lah dalam 60 orang πŸ˜‚ thanks a lot sebab sudi jelajah ke blog kakngah ini 😍😁

But itu bukan topiknya, topik yang kakngah nak kupas kali ini *amboi kemain* ialah mengenai ECE Festival yang bakal berlangsung pada 10 haribulan September 2017 ini . Bertempat di Kepong Metropolitan Park.

Okey sebelum apa-apa, biar kakngah bagitau dulu apa tu ECE , ECE ini singkatan untuk Early Childhood Education atau dalam bahasa melayunya Pendidikan Awal Kanak-kanak. Festival ni pulak anjuran Kolej kakngah, iaitu Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, kalau taktahu kolej tu kat mana boleh google ye awak-awak sekalian. 

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut (terlampau banyak), hal ini kerana *kahkahkah skema* setiap keturunan course DECE dari sem 1 sampai lah ke sem 5 akan lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik (termasuklah kakngah). Mungkin ada yang fikir "alahai dah nama ECE punya program mestilah aktiviti untuk kanak-kanak je" aip aip tak mau tak mau , Aktiviti ini tidak terhad untuk semua peringkat atau lapisan umur semua boleh join πŸ’ƒ. 

Selain dari bermain aktiviti yang best-best belaka tu, ibu bapa, penjaga atau bakal-bakal yang nak jadi ibu bapa mahupun yang baru plan nak kahwin takpun yang berminat dengan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ni, boleh mendapat banyak informasi tentang perkembangan kanak-kanak πŸ˜‡ tak lah kalut nanti kalau tiba-tiba kena suruh jaga budak kan 🚼 . 

jadi apa lagi ❔❕❔❕❔❕ SAVE THE DATE GAIS ❗❗❗✔

Jangan lupa bawa rombongan cik kiah, rombongan mak bedah, rombongan meminang kakngah *ceh* . Ajak lah kaum kerabat, ibu, ayah, kakak, abang, adik, sedara, sepupu, keluarga belah pasangan sekali. haa semualah . meriahkan festival kami πŸŽ€πŸ˜‹πŸŽŠ


p/s : kot-kot jumpa kakngah boleh ler kite selfie  πŸ˜‡πŸ˜‹ jumpa disanaaaaa ❕❕❕🌺🌸

Wassalam πŸ’•


Sunday, 3 September 2017

Raya Haji di Perantauan

Assalamualaikum ✌

Hai gais gais sekalian! macam mana dengan cuti kalian semua? hahaha. mesti sekarang semua tengah sibuk packing barang untuk pulang dari kampung kan kan kan? yang student dok tengah kalut cari mana matrik kad ape semua en? yang adik-adik masih bersekolah tu tengah cari nota ke caner? haaa ayokkk. 

So this year, merupakan first year Kakngah tak pulang ke kampung (Johor) atas alasan-alasan yang tertentu. Rasa macam "Ya Allah dugaan apa yang aku hadapi ini" sangat . Mula-mula macam gotnochill lah kan sebab ni pertama kali raya kat negeri orang, sensorang lak tu, haaa tak gelabah dibuatnya. Pagi raya tu dengar takbir raya, gentle memang tangkap leleh sensorang, lepas call nenek kat kampung baru okey, tu pun dalam call acah-acah takde ape sedangkan air mata dah macam air terjun. Hampir kira semua orang kakngah call, untuk mengembirakan hati, maklumlah tinggal sorang 😁 

Yang kakngah call lak, ada yang beri kata-kata positif, tak kurang gak menganjing, hahaha yang ni memang sengaja cari gaduh. Then syukur kepada Allah, alhamdulillah, adalah satu sahabat kakngah ni, dia hantarkan makanan raya kat kakngah kat rumah sewa. dia risau kot-kot raya kakngah jadi makin tak sempurna tanpa ketupat dan rendang sedangkan raya haji je pun. Makanya, kakngah pun makanlah makanan raya yang diberikan dengan rasa gembira. 

Dan .. kakngah berjaya menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam berseorangan di rumah. sebab harini dah mula dah housemate kakngah pulang ke rumah sewa ni. Tidaklah lagi kakngah kesepian πŸƒπŸƒ 

p/s: Akim .. mak awak masak sedap sangat πŸ˜‹πŸ’–πŸ’Ÿ lain kali hanto lah lagi 
😝😍

Wassalam πŸ’•

Wednesday, 30 August 2017

Baru Jumpa Password Blog

Assalamualaikum ✌

setelah bertahun lamanya kak ngah cuba ingat balik apa password blog ni 😁 akhirnyaaa kakngah berjaya πŸ˜‡ 

Terima kasih kepada incik diary 2015 😎 jangan macam-macam kakngah ada diary tau 

so kakngah dulu pernah lah macam berazam kalau kakngah dapat balik blog ni kakngah akan teruskan berblog macam dulu 😝 so kena tunaikan lah en en en .

p/s : kakngah taktau nak bebel apa sebab no topik. so tunggu jelah next post 😍


wassalam πŸ’•