Assalamualaikum ✌
Wah wah wah wah wah kemain lagi makin galak tetiap hari ni update blogkan? takpelah kakngah dah takde tempat lain nak share cerita, pada blog sajalah kakngah dapat berkongsi cerita.
so, ape aktiviti kakngah harini? dey baca tajuk lak deyy 😈😌😅
okey okey kakngah melawak je *padahal tak lawak langsung* harini kakngah telah pun selesai menjalankan aktiviti khidmat masyarakat disebuah rumah kebajikan orang-orang tua. Dalam banyak-banyak cadangan kami, kami pun tak tahulah macam mana kami boleh tergerak hati untuk pergi ke sana, alhamdulillah diberikan hidayah *bukan siti hidayah ye, tapi hidayah petunjuk nuu haaa*
aktiviti ni kami plan baik gila-gila, yelah taknak ada cacat cela, nak kerja semua sempurnakan? yang tak boleh go-nya. kakngah merupakan pengarah program ni 😅 terima kasihlah kepada yang mengundi kakngah semasa pelantikan majlis tinggi. terima kasih sebab percayakan kakngah 😍
kami ada 27 orang kesemuanya, seramai 20 orang AJK telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawab. alhamdulillah kesemua anak buah memberikan kerjasama yang da bomb!
you guys nak tahu tak kemana kami pergi? kalau taknak tahupun kakngah tetap nak bagitahu 😆
kami telah pergi ke Mesra Home Ampang *boleh search kat google*. aip aip jappppppp tak bestlahh kalau macam ni en, meh sini kakngah tulis *eh salah type, nak tulis macam mana gaya gini kat laptop*
haaa gambar ni, kakngah jumpa kat google je. ni disebabkan oleh, assignment kami ni guna video. so kurang gambo.
alamat : 16, Jalan Watan 1, Taman Sri Watan, 68000 Ampang, Selangor
siapa-siapa yang berkenan untuk pergi ke mesra home ni, bolehlah jenguk-jenguk dulu facebook mereka sebelum contact penyelia.
apa yang kami buat kat sana? ofcos laa kami buat aktiviti mengemas kannn. tak kan datang sana buat kecoh en, harok nanti 😅 disebabkan kami datang dengan ahli yang ramai, so kami pun pecahkan kepada 2 kumpulan. kumpulan A bersihkan kawasan dan dalaman rumah, manakala kumpulan B buat persembahan dan aktiviti untuk nenek-nenek yang ada disana.
kat sini kakngah nak selitkan beberapa gambar yang kakngah sempat ambil :
ni lah beberapa perkara yang kami buat, tak semua kakngah dapat masukkan. nantikan jelah video official dari kami nanti, in shaa Allah.
Aktiviti kami ni berjalan *berjalan kemana tuuu*, berlangsung dari jam 0230 petang-0530 petang, namun, disebabkan terkandas dalam hujan, kami pulang agak lewat.
namun, apa yang kami dapat harini, penat tu bohong lah tak penatkan. tak elok bohong 😅😎 kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kami 27 manusia ni. selain dapat berkenalan dan dapat berkongsi kasih sayang.
meh sini kakngah selitkan 1 video , dimana salah seorang dari penghuni rumah mesra home ni, mendoakan jodoh kami 😅😅😅 :
masa ni kakngah tergamam jugalah. terkaku, sebab doa pasal jodoh. aminkan jelah en.
apa-apa pun, adalah dalam 5 kali kakngah nangis dalam rumah ni, hati mudah tersentuh katako 😐
and last ........ aktiviti kali ini memanggggg bestt! kalau boleh nak buat lagi, in sha Allah.
p/s : masa nak balik tu part paling berat tau 😔😢
wassalam 💕