Tuesday, 28 August 2018

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum 


Kompang dipaluuuuuu pengantinn baruuuuu
duduk bersandingggggggg tersipuu maluu 
ewah~~

suka bebenor kakngah kalau cerita bab kawin ni, bukan niat nak kawin awal ke apa, tapi ntahlah memang excited gila kalau bab kawin ni.
nak-nak lagi bab kumpul sedara mara tu yang seronok gila-gila tu.

baru-baru ni pada tarikh 23/08 haritu, salah seorang daripada pakcik kakngah, dah mendirikan masjid. sebenarnya kakngah tahu yang dia nak nikah tahun ni, tak sangka lak sehari lepas hari raya haji.

so kakngah pun dengan yakin, riak dan bangganya balik ke kampung dengan tak bawa baju kurung, dengan harapan boleh pakai baju yang ada kat kampung masa raya pertama tu. sekalinyaaaaa , naaaaa.

"angah nanti pakai baju kurung yang mana masa nikah si syazwan?" - soal nenek sambil makan ketupat berlaukkan kuah kacang.

masa tu kakngah dah rasa macam 
"PEHAL KAWIN TETIBA NI"

nasib baiklah kakngah ni ada makcik-makcik yang sama saiz badan. so moral of the story, lain kali ambil tahu perkembangan dan aktiviti keluarga, walaupun tengah duduk jauh dari keluarga *sedangkan study kat kl je*

Alhamdulillah paksu Syazwan kakngah dapat nikah dengan sekali lafaz je,walaupun muka agak pucat. tahniah sekali lagi. 

p/s: nak masukkan gambar, tapi kemalasan berganda. semoga kakngah lebih rajin selepas ini.

Wassalam ðŸ’•

Friday, 17 August 2018

SERABUT

Assalamualaikum 

woo woo wooo
ape bende yang diserabutkan sangat ni? 

tak masalahnya, kenapa kakngah bercakap sorang-sorang ni?
dah nama pun tulis blog memang akan bebel sorang-sorang ye kan? 
takde orang baca kita bebel sorang-sorang, takpe tak kacau orang pung.

k dah melalut lagi.

okey sebenarnya kakngah tengah bingung ni untuk berpraktikum. segala-galanya belum sedia.
MENTAL FIZIKAL semua lah!
membuatkan kakngah rasa risau dan rasa macam nak repeat dari sem 1 balik. Allahu lemah sungguh.

seperti yang you guys sedia maklum, yang tak maklum lagi sini kakngah nak ajak bual,
kakngah merupakan seorang siswi malas tapi comel yang mengambil course pendidikan awal kanak-kanak.
yesssssss beneerrrr yang terlintas dalam otak anda, kakngah in shaa Allah, bakal menjadi guru tadika *kalau ada rezeki* 

"apa yang serabut sangat guru tadika je pun"

ehhhhhhh jangan sembarangan, kome duduk dulu belajo baru kome tau. A-Z kena tahu. bak kata seorang senior course Syariah kolej kakngah ni, dia sendiri kata diploma Pendidikan Awal ni mencabar, dia je tak mampu kalau gini.

semalam baru berlangsungnya ceramah praktikum kat dewan aktiviti, segala modul, buku log dan buku rancangan pengajian diberi. tebal nokhorom hempuk kepala boleh koma seminggu. sampai ada budak course lain tengok dan gelakkan sebab asal buku kami tebal gila. 

Lagi merisaukan kakngah masih belum mencapai tahap memuaskan dalam membuat RPS, RPH dan RPA. (kalau nak tau google sendiri, kakngah malas nak explain, kahkahkah)

sedangkan tinggal beberapa minggu je lagi masa yang tinggal untuk praktikum. gelabah mattt.

p/s: kalau rasa gemuruh memang rasa macam ada budak tengah lari-lari dalam perut ke?

Wassalam ðŸ’•  

Wednesday, 8 August 2018

LAST SEMESTER!

Assalamualaikum 

oh yeahh . lama menyepi kan? krik krik sungguh suasana disini.
serius rindu gila nak menaip kat sini. 

tak tahu lah ada viewers lagi ke tak sekarang ni 😭

tapi apa-apa pun ... 
kakngah sudah berada di .... 


tak sangka dah 2 tahun setengah kakngah kat ktac ni. 2 months left dan kami akan pergi ke praktikum.

dan sekarang ni, kakngah tengah mencari-cari tempat untuk pratikum, untuk bahagian tadika. so anyone? kalau ada tempat-tempat tadika yang sediakan bahagia praktikal boleh try contact kakngah guna socmed kakngah.

sem 5 kali ni, agak "tagap" juga lah. membuatkan kakngah perlu datang ke kolej awal untuk setiap hari walaupun kuliah jam 1230 tengahari. sadiskan? takpelah last sem. 

lepas ni tak lepak dah kat Student Lounge KTAC ni 🙋

okeylah, kakngah nak sambung balik belek skrip drama untuk sem ni. byebye.

p/s: kakngah mencuri wifi SL kolej untuk update entry kalini okey. kahkahkah

wassalam  ðŸ’•