Sunday, 12 November 2017

Philophobia?

Assalamualaikum ✌

topik malam ini agak unik sebab, ini merupakan kali pertama KakNgah akan membebel tentang hal ini 😁 so, siapa sudi untuk membaca, teruskan. jika tidak baca je lah πŸ˜ŽπŸ˜‡

Philophobia? ape tu? 

Philophobia : The fear of falling in love or emotional attachment

Banyak yang kakngah baca dalam buku-buku, dalam novel dan blog-blog omputih yang cerita pasal philophobia ni. So kakngah pun samakan apa yang mereka tulis dengan life kakngah sekarang. 

And .. yes Kakngah mengalami philophobia ni 😒

Kakngah ada terbaca, philophobia ni akan terjadi bila seseorang tu selalu disakiti akibat cinta lama dia. Kakngah memang sokong 100% sebab kakngah faham perasaan tu. Akibat dari tu, kakngah sampai takut nak kenal dengan mana-mana lelaki. 

kenapa? kenapa boleh jadi macam ni?


trust dah takde dalam life kakngah ni. kepercayaan untuk percaya sekali lagi yang akan ada orang yang boleh jaga hati kakngah ni dah takde. dah hilang musnah macam tu sahaja :)

selain tu, hati ni rasa takut untuk sakit sekali lagi. sebab nak hilangkan rasa sakit tu, bukan ambil masa 2 atau 3 hari, tapi berbulan dan mungkin bertahun 



 nanti bila dah broken baru tau nak salahkan diri sendiri. nangis tak tentu pasal. 

And yeah. Kakngah dah penat dengan semua ni. sebab tu kakngah ambil keputusan untuk tidak berkenalan dengan mana-mana lelaki, kalau ye pun sebagai kawan sahaja. 

Philophobia ni akan mengakibatkan seseorang tu mengasingkan diri dari perkara-perkara tentang cinta cantun ni. 

Kadang-kadang kakngah perasan juga, kalau kawan-kawan kakngah cakap pasal hal-hal kawin ke, couple ke, crush ke, kakngah macam dah tak berminat langsung. Kakngah akan duduk dan dengar sahaja. 

Bila direnung balik, kakngah rasa macam dah takde hati, jiwa, perasaan *amboi kemain lagi ayatnya* . Takdelah, Kakngah rasa macam takde apa-apa pasal perasaan ni. 

RASA HEARTLESS

Tapi, ada satu kawan Kakngah ni pesan :

"perkara ni akan jadi okey kalau satu hari nanti kau jumpa dengan orang yang sepatutnya, maksud aku jodoh kau

jodoh? lagilah tak fikir lagi hal tu, ntah kita akan bertemu jodoh atau bertemu ajal dulu :) 

But, kakngah percaya, perancangan Allah swt itu penuh dengan kejutan dan pengakhiran yang mengembirakan. Bersangka baik dengan apa yang telah tertulis untuk kita  πŸ’–πŸ˜

so .. sebelum entry ni jadi lebih panjang, elok kakngah tamatkan sampai disini sahaja 😍

P/s: bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang dekat dengan hati 😒

Wassalam πŸ’•



Monday, 6 November 2017

Tamat Dan Mula

Assalamualaikum  ✌

READYYY SETTTTT GOOOOOO! 

tu diaaa .. dah lama menghilang tau-tau datang semangat membara πŸ˜πŸ˜‹

punyalah seronok bercuti dan agak busy, sampai kakngah lupa nak update blog ni πŸ˜‚ okey chill, tak lupa pun, cuma kakngah pulang ke kampung untuk cuti sem ni, dan disana tiada wifi, wife orang ramai lah kat sana πŸ˜‚

semalam merupakan hari terakhir kami bercuti sem, 
harini telah bermulanya sem 4 untuk kakngah dan rakan-rakan seperjuangan. 

Result sem lepas pun telah menjelmakan diri. Alhamdulillah, pointer kakngah tidak mengecewakan. 
Jadual baharu pun telah mendatang. agak padat ye jadualnya. 

semoga Allah swt mempermudahkan urusan sem 4 kakngah kali ni dan yang seterusnya πŸ’•πŸ’ž


P/s: kakngah nak update tentang aktiviti cuti sem kakngah tempoh hari, tunggu masa je ni πŸ˜‡πŸ˜

wassalamπŸ’•