Assalamualaikum ✌
sila klik di sini untuk mengetahui apa yang kakngah bebelkan dibawah ni π
Hai Hai Hai Hai .. haa dah 2 hari berlalu selepas festival kolej kakngah tu. Tapi harini malam ini saat ini baru ada kelapangan masa untuk update blog yang tercinta ni π
Memandangkan ada yang minta kakngah ceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut, so marilah kite memulakan story kite π
0630 pagi
Seawal jam 6 pagi, lepas je solat subuh tu kami bergegas ke Medan Selera Taman Maluri. Nasib baik laa rumah dekat je dengan tempat ni, kalau tak maunya subuh hari tu dah berlari kejar masa.
0712 pagi
Lepas tandatangan kehadiran, kami pun naik la bas untuk ke Taman Metropolitan tu. Perjalanan adalah dalam 30 atau 40 minit macam tu. Dalam perjalanan tu lalu depan Highland Tower. bapak jakun giler kakngah fokus je tengok bangunan usang tu dari jauh ππ
0752 pagi
Kami pun sampai lah ke taman tu, masa sampai tu kami teruslah ke khemah yang telah disediakan untuk sem 3. Terus cepat-cepat nak hias khemah, untuk tambah "seri" khemah kami. Namun ... telah ditakdirkan hari hujan ☔
Boleh tahan lebatnya masa tu, Pensyarah kami pun meminta kami semua membaca doa mengalih hujan. Alhamdulillah selepas itu, hujan mula reda dan hari panas terik.
0819 pagi
Haaa yang ni lah ahli kumpulan kakngah, untuk aktiviti Disleksia dan Diskalkulia. Dengan gigih kami menghias khemah dan booth kami agar nampak menarik.
Nasib baik ada hakak tonjang ni, kalau tak, memang susah ler nak buat benda-benda macam ni ππ
Ini sikit dari apa yang kumpulan kakngah buat. sikit jelah sebab ini je yang kakngah sempat snap, yang lain-lain kakngah busy masa tu.
Ini pula khemah untuk sem 3A tau, kerjasama satu group hias khemah ni, tapi masa ni masih kemas-kemas lagi ππ
So, yang ini pula booth kumpulan kakngah. hias kos rendah je π
Kawasan pentas lak terletaknya sebelah je dengan khemah sem 3A, memang lagi meriah khemah kami masa tu, speaker pun kat tepi je. Kemain lagi harok masa tu π
0930 pagi
Kami memulakan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Pensyarah kami iaitu Sir Fizi. Memang meriah gila masa tu. *maaf kerana tiada gambar, kakngah asyik sangat buat senamrobik*
1000 pagi
Kami memulakan aktiviti kami mengikut sem, macam sem kakngah iaitu sem 3A, kami buat special needs awareness campaign. Jadi memang macam-macam pameran dan games kami sediakan. Masa sesi pagi ni kumpulan kakngah buat aktivti untuk Disleksia.
Selain dari itu, di area pentas lak, pelbagai persembahan telah dilakukan, antaranya tarian kurik kundi, puppet show, macam-macam lagi lah. Sampai kakngah pun tak tertengok sebab busy bebenor.
Haaa .. yang masa ni, kakngah dengan partner kak ming *yang berbaju biru* tengah usya eh tak ah tengah tarik orang-orang yang ada untuk pergi ke booth kami.
Dan .. ada satu ni, kakngah tegur satu family ni, bila kakngah buat aktivti disleksia kat anak akak tu, terbukti anak akak tu ada disleksia, terus akak tu bergegas ke booth kami untuk tahu lebih lanjut. Ini merupakan salah satu objektif yang tercapailah kiranya, sebab dapat menyedarkan ibubapa tentang gangguan pembelajaran Disleksia ni.
1230 tengahari
Kami diberikan makan tengahari, makanan yang diberikan sangat sedappp. Terima kasih kepada pensyarah π
0430 petang
Kami pulang ke kolej.
Jadi ini lah serba sedikit yang kakngah boleh ceritakan tentang aktiviti kami pada hari ahad lepas. Maaf untuk kekurangan gambar dan story, sebab kakngah takde niat nak share macam ni, tetiba ada yang whatsapp minta update blog. Lepasni kakngah akan cuba buat lebih better.
p/s : ngantuk, penat, sakit badan kakngah mash tak hilang lagi π·π΅
Wassalam π