Assalamualaikum ✌
Gempaknya tajuk kakngah harini kan? ahh ni semua poyooo seketul kakngah sahaja. Tapi mesti semua tertanya-tanya apa yang beraksi kan sebenarnya? jeng jeng jeng 👀 ...
ha? tak nak tahu? 😲
jangan nak memboha kalau taknak tahu kenapa anda berada disini kan? huhu 😆😋
okey okey ceritanya begini :
semalam kakngah dapat satu panggilan misteri dari number yang tidak dikenali, mula-mula tu sangsi gak ah nak angkatkan. Tak pernah-pernah number sekian-sekian ni call.
jadi kakngah pun tak jawab panggilan tu 😝😜 . Kakngah tunggu dia call buat kali kedua, yelah kalau dia call sampai 2 kali, maknanya dia memang betul-betul cari kakngah or ada hal penting. Tak sampai 2 minit, dia call lagi, pakai number sama.
so dengan bergayanya kakngah pickup the phone *bukan dua lipa tau* . Bila angkat je, kakngah dengar suara cina, mula-mula tu blur lahh cina mana lak call petang-petang gini, ex lama ke? hahahahahaha
so kiranya jadi macam ni la bualan kami :
Apek : Halu .. ini Puan Nolaya ka?
Me : Hi! err .. itu my mum.
Apek : ouh you dia punya anak ya? yaa adik ini dari extreme zone computer.
masa dia cakap dia dari extreme zone kakngah dah bersorak gembira. Sampai Apek tu pun terkejut.
Apek : manyak gembila ya? nanti sini ambil laptop, sula siap.
Me : baik boss, esok saya datang ambil.
tutup je call terus joget-joget happy sebab laptop dah siap. yeyyyy 💓💖💝💟
dan kakngah baru je balik dari kedai tu. fuhh boleh tahan hensem anak apek semalam. dia hulur laptop ni tadi macam kakngah nak hulurkan cinta kakngah kat dia *kk gurau* .
dan kiniiiiii kakngah sedang menaip entry ni menggunakan si putih ini. haaa lega rasanya dapat menaip guna laptop sendiri. Kakngah sayang sangat kat si putih ni, dari 2015 dia da berkhidmat, dan ini pun hadiah dari atok. sebab tu kakngah bersedih bila laptop ni rosak, bengang tu adalah juga dalam 5%. huhu.
so ... lepas ni , kakngah akan lebih banyak post entry *in shaa Allah* , yelah ada orang rindukan celoteh kakngah.
okey okey rasanya sampai sini saja entry kakngah kali ni 😵
p/s : kakngah rasa nak edit blog kakngah ni, nak tukar design, sebab dah bosan dengan design sama. so ada siapa-siapa ada idea nak design macam mana? boleh hantar cadangan korang kat comment or dm/chat je kakngah macam yang korang selalu buat 😍😚😘
Wassalam 💕
No comments:
Post a Comment