Friday, 17 August 2018

SERABUT

Assalamualaikum 

woo woo wooo
ape bende yang diserabutkan sangat ni? 

tak masalahnya, kenapa kakngah bercakap sorang-sorang ni?
dah nama pun tulis blog memang akan bebel sorang-sorang ye kan? 
takde orang baca kita bebel sorang-sorang, takpe tak kacau orang pung.

k dah melalut lagi.

okey sebenarnya kakngah tengah bingung ni untuk berpraktikum. segala-galanya belum sedia.
MENTAL FIZIKAL semua lah!
membuatkan kakngah rasa risau dan rasa macam nak repeat dari sem 1 balik. Allahu lemah sungguh.

seperti yang you guys sedia maklum, yang tak maklum lagi sini kakngah nak ajak bual,
kakngah merupakan seorang siswi malas tapi comel yang mengambil course pendidikan awal kanak-kanak.
yesssssss beneerrrr yang terlintas dalam otak anda, kakngah in shaa Allah, bakal menjadi guru tadika *kalau ada rezeki* 

"apa yang serabut sangat guru tadika je pun"

ehhhhhhh jangan sembarangan, kome duduk dulu belajo baru kome tau. A-Z kena tahu. bak kata seorang senior course Syariah kolej kakngah ni, dia sendiri kata diploma Pendidikan Awal ni mencabar, dia je tak mampu kalau gini.

semalam baru berlangsungnya ceramah praktikum kat dewan aktiviti, segala modul, buku log dan buku rancangan pengajian diberi. tebal nokhorom hempuk kepala boleh koma seminggu. sampai ada budak course lain tengok dan gelakkan sebab asal buku kami tebal gila. 

Lagi merisaukan kakngah masih belum mencapai tahap memuaskan dalam membuat RPS, RPH dan RPA. (kalau nak tau google sendiri, kakngah malas nak explain, kahkahkah)

sedangkan tinggal beberapa minggu je lagi masa yang tinggal untuk praktikum. gelabah mattt.

p/s: kalau rasa gemuruh memang rasa macam ada budak tengah lari-lari dalam perut ke?

Wassalam 💕  

No comments:

Post a Comment