Friday, 15 September 2017

Event Physical Education

Assalamualaikum ✌

hai hai hai gaissssss ☀

okey kali ni kita straight to the point taknak bebel banyak-banyak.

So today, kakngah telah pun pergi satu event yang dibuat oleh pensyarah kolej kakngah untuk subjek Physical Education. Haaa .. dah nama pun subjek Physical en, mestilah akan ada aktiviti sukan yang akan dilakukan 😝 kakngah merupakan AJK untuk event kali ini. Dalam erti kata lain, kakngah tak main semua games tu, kakngah kena buat games untuk peserta *selamat kakngah time ni, best je buli orang* . Kami buat aktivti ni kat Kem Rimba Suara Hutan Selangor. 

Kami buat aktiviti explorace, ada 7 checkpoint semuanya dan ada 7 kumpulan. 1 kumpulan ada yang 11 ada yang 12 orang. 

oopssss 

sebelum kita teruskan meh kita usya gambar-gambar sebelum sampai ke Kem Rimba Suara Hutan : 

gambar ni masa kami semua tengah beratur nak naik bas untuk mulakan perjalanan kami semua. 

dah naik bas tu apa lagi .. buka radio nyanyi ramai-ramai ler 😂😁 carilah kakngah kalau jumpa dalam gambar ni 😋

akhirnya setelah 45 minit duduk atas bas, kami pun sampai ke destinasi dengan selamat, walaupun pakcik bas bawa bas macam tengah bawa kereta drift 😂😵


Sampai je kami kat sana kami pun apa lagi, yang AJK terus sibuk kemas-kemaskan aktivti untuk menyeksa semua peserta, yang mana semua peserta adalah classmate kami sendiri 😝

nak tahu apa yang kakngah buli mereka ni semua? okey jom jeling gambar : 




yess .... inilah aktiviti kakngah, nama aktivti ni TITIAN KASUT BERTALI. Denda yang kakngah bagi kalau mereka tak lepas aktiviti ni cuma conteng muka pakai lipstik je *kakngah telah pun mengorbankan lipstik kylie kakngah unutk conteng muka mereka*

Tapi ini gambar untuk aktiviti kakngah jelah ye .. aktiviti orang lain kakngah tak ambil gambar, almaklumlah busy urus games sendiri. 

Then .. lepas je habis aktivti, mereka pun apa lagi .. : 



Mandi sakan lah mereka semua. Suka korang ye mandi 😂🌊

Tengah seronok-seronok mandi, perut pun lapar : 

Lalu makanan pun sampai. Masa ni masing-masing dah membuas.

Habis je makan, sambung lagi mandi, dan masa ni lah, mereka-mereka ini pakat nak kenakan sir kami ni : 


Haaaa .. memang betul mandi tepung sir time ni. Minta Halal ye sir, gurau-gurau sekali sekala.

Habis je aktiviti mandi-manda ni, para AJK pun dah sedia dengan markah masing-masing, lalu mulalah aktiviti pembahagian hadiah : 






Tahniah untuk semua kumpulan yang berjaya menang. Menang kalah tolak tepi, yang penting enjoyyyy 😎😆😇

Setelah selesai semua, kami pun kemaskan tempat yang telah kami gunakan, dan balik ke kolej dalam jam 5 petang. Ini pun pakcik bas janji melayu, janji nak ambil balik jam 4, last-last lambat 😢 mereput gaklah tunggu. 

eh eh eh eh eh 

sebelum kakngah menutup tirai entry kali ni, biarlah kakngah nak tampal gambar kelas kakngah :
ini merupakan gambar pertama kami walaupun dah 3 sem bersama 😘😇 kalau bijak teka kakngah mane. Siapa jumpa kakngah bagi tepukan gemuruh 😜

sampai sini sahaja untuk kali ini. terima kasih 


p/s : ramai yang tanya asal blog kakngah tapi gambar kakngah takde, kali ni kakngah selitkan satu dua gambar yang ada kakngah, tapi kecik je lah 😋

Wassalam 💕

No comments:

Post a Comment