Assalamualaikum ✌
mari mari cik adik
mari mari cik abang
*ewah sempat lak tu*
Okey gais gais mane yang baca blog kakngah yang serba krikrik ini, yang baca pun ada lah dalam 60 orang π thanks a lot sebab sudi jelajah ke blog kakngah ini ππ
But itu bukan topiknya, topik yang kakngah nak kupas kali ini *amboi kemain* ialah mengenai ECE Festival yang bakal berlangsung pada 10 haribulan September 2017 ini . Bertempat di Kepong Metropolitan Park.
Okey sebelum apa-apa, biar kakngah bagitau dulu apa tu ECE , ECE ini singkatan untuk Early Childhood Education atau dalam bahasa melayunya Pendidikan Awal Kanak-kanak. Festival ni pulak anjuran Kolej kakngah, iaitu Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, kalau taktahu kolej tu kat mana boleh google ye awak-awak sekalian.
Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut (terlampau banyak), hal ini kerana *kahkahkah skema* setiap keturunan course DECE dari sem 1 sampai lah ke sem 5 akan lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik (termasuklah kakngah). Mungkin ada yang fikir "alahai dah nama ECE punya program mestilah aktiviti untuk kanak-kanak je" aip aip tak mau tak mau , Aktiviti ini tidak terhad untuk semua peringkat atau lapisan umur semua boleh join π.
Selain dari bermain aktiviti yang best-best belaka tu, ibu bapa, penjaga atau bakal-bakal yang nak jadi ibu bapa mahupun yang baru plan nak kahwin takpun yang berminat dengan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ni, boleh mendapat banyak informasi tentang perkembangan kanak-kanak π tak lah kalut nanti kalau tiba-tiba kena suruh jaga budak kan πΌ .
jadi apa lagi ❔❕❔❕❔❕ SAVE THE DATE GAIS ❗❗❗✔
Jangan lupa bawa rombongan cik kiah, rombongan mak bedah, rombongan meminang kakngah *ceh* . Ajak lah kaum kerabat, ibu, ayah, kakak, abang, adik, sedara, sepupu, keluarga belah pasangan sekali. haa semualah . meriahkan festival kami πππ
p/s : kot-kot jumpa kakngah boleh ler kite selfie ππ jumpa disanaaaaa ❕❕❕πΊπΈ
Wassalam π

No comments:
Post a Comment