Assalamualaikum ✌
cukuplah dengan semua kesedihan yang pernah aku lalui selama ini,
bagi lah aku peluang untuk hidup bahagia.
pelbagai doa dah diselitkan dalam doa,
ketika sujud,
ketika hujan,
ketika bersendirian.
pelbagai cara dah dibuat,
namun
itu semua hanya sementara.
kadang-kadang dalam ketawa dalam gembira
dalam hati tetap bersedih.
entah apa puncanya.
airmata ni, terlalu murah.
pantas mengalir.
tanpa aku tahu apa sebabnya.
tidur yang sepatutnya lena, diulit mimpi indah,
jadi suram bila tiap kali mahu menutup mata kena menangis dulu.
macam dah jadi satu rutin, tak sah kalau tak nangis.
jujur, jujur dari sudut paling dalam hati ni.
dah penat dengan semua ni.
tak tahu apa punca jadi macam ni, nak cari punca takut tersalahkan orang lain.
bila dah jadi macam ni,
mula lah diri ni nak cederakan diri sendiri.
habis semua anggota badan tak bersalah disakitkan.
ditoreh, dipukul, dicubit, dihentak.
namun,
rasa sakit dihati ni lebih terasa. lebih sakit.
tak pasti apa yang sedang berlaku 😔
cukuplah dengan semua kesedihan yang pernah aku lalui selama ini,
bagi lah aku peluang untuk hidup bahagia.
Wassalam 💕
No comments:
Post a Comment