Assalamualaikum ✌
so this is the first time kakngah akan tunjuk salah satu hasil airtangan kakngah belajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ni. sebelum ni banyak post pasal aktiviti je kan?
dah nama pun ambil diploma pendidikan awal kan, so kerja pun memang khas untuk kanak-kanak lah kan. kreativiti dan keceriaan perlu ada dalam setiap kerja. tapi harap maaf, kakngah takde ciri-ciri itu semua. HAHAHAHA.
Busybook ni merupakan assignment kami sebenarnya. tugasan yang diberi oleh pensyarah tercinta pada tahun lepas untuk dihantar pada minggu depan, dan kakngah baru siapkan tadi pada jam 9 malam 😆😆😆 *bukan malas, tapi kakngah sejenis manusia yang tak suka buat kerja awal-awal*
busybook ni ape??
kakngah malas nak explain banyak-banyak sebab nanti korang ngantuk lak en. so mana-mana yang berminat nak tahu lebih mendalam tentang busybook ni, boleh klik disini. kat dalam blog tu, dia dah explain lengkap tentang busybook. niat kakngah update entri kali ni untuk share tentang hasil kerja je. taknak lah lari topik en. nanti dia lari gi thailand kan susah kita nak kejar.
tugasan kakngah kali ini adalah, membuat busybook berkenaan sukukata terbuka dan tertutup. kena buat 5 sukukata setiap satu, sebanyak 10 m/s. masa mula-mula dapat tugasan ni, dalam otak fikir
"alahai banyaknyaaa duit nak guna"
tapi alhamdulillah dengan adanya kedai MR DIY dan kedai rm 2 . kakngah dapat jimatkan kos. dan kakngah cuma guna sebanyak rm 50 sahaja. dan kakngah mengambil masa selama 2 hari sahaja 😅😆😋
soo jum kita lihat hasil kerja kakngah!
AMARAN! HASIL KERJA DIBAWAH MUNGKIN HODOH DAN TIDAK LAWA! SILA JANGAN KECAM DAN BERIKAN KOMEN POSITIF 😆😜
ni adalah muka hadapan buku sibuk ni. idea kakngah sendiri tau. terasa kreatif lak tetiba 😅😁
m/s 1
isi dalaman. tak boleh ah tayang semua. tak suprise nanti.
kerja kakngah ni lain dari lain. kakngah tak pakai kain dan jahit, sebab, kakngah jahit bersepah tak lawa. oleh itu, kakngah pun pakai lah hot glue gun je. pastu gambar pun kakngah print dan liminate je. bukan malas tau, tapi tak reti.
mudah-mudahan boleh dapat markah yang menyedapkan markah carrymarks. Aminnnn.
p/s: kakngah share ni untuk jadi rujukan para junior or orang lain yang ambil course ni, semoga membantu 😊😚
wassalam 💕




No comments:
Post a Comment