Sunday, 14 January 2018

Sejuk Membeku

Assalamualaikum ✌

Hai Hoi Hei Hui !

walaaaaaa .. ini rasanya baru pertama kali kakngah update blog waktu siang-siang macam ni. 
sila berikan tepukan 👏👏 

memandangkan *haa pandanglah ape lagi* harini ni hari ahad, so banyakkk waktu free disebabkan assignment tinggal sikit je lagi, so adalah masa untuk kakngah berketak-ketuk dengan keyboard laptop ni pada pagi hari 😅

baca tajuk je mesti dah dapat agak apa yang kakngah nak bebel harini kan? 

yes! pasal cuaca ❄⛄



sejak dua menjak dan hampir ketiga menjak sejuk je kan cuaca ? mana yang suka sejuk-sejuk tu mesti dia memanfaatkan saat-saat bersama kesejukkan dengan baik. tapi mana yang cepat sakit tuu *macam kakngah ni lah* pakai baju tebal-tebal supaya tak demam okey? 😇 *amboi pandai nasihat orang noh*

kakngah ni pun bukan sihat sangat, baru sembuh dari demam. sekarang ni tinggal nak hilangkan batuk dengan selesma je. semua ni sebab bantai je jalan kaki ke kolej walaupun hujan tanpa payung *hahaha rarekan?* bukan ape, takde payung, madah lupa je nak beli. 

makanya, mana-mana yang baca blog kakngah ni, mohon-mohon beribu ampun lalala.. eh takdelah, jagalah kesihatan anda, jangan demam. mandi air panas kalau boleh. jangan jadi kakngah pakai bantai je 😎 rajin-rajinkanlah diri itu ye, kakngah bukan malas, cuma tak rajin 😚😜

jari jemari yang nak menaip ni pun rasa beku je, macam ada ais je dalam dekat tulang 😌 *melampau bonar* 

p/s : baju yang dicuci pun lambat nak kering 😐

wassalam 💕

No comments:

Post a Comment